PENGENALAN ELEMEN MULTIMEDIA
Terdapat LIMA ELEMEN atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi.

TEKS
Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat.

VIDEO
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat

ANIMASI
Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ianya juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik.
