- Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik.
- Ini membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai suatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman.
- Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya.
- Ini terutamanya bagi menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi.
- Persembahan secara visual dan dinamik yang disediakan oleh teknologi animasi mampu memudahkan proses penerangan konsep atau pun demonstrasi sesuatu kemahiran. Ianya membolehkan seseorang pelajar memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat.
- Ini secara tidak langsung mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama di dalam ingatan.
0 comments:
Post a Comment