Tuesday, 12 June 2012

Panduan Menggunakan Audio

Garis panduan ringkas menggunakan audio :

  • Audio hanya digunakan jika ianya didapati bersesuaian dengan isi kandungan aplikasi atau program
  • Audio hanya digunakan sekira ianya diperlukan atau pun terdapat rasional mengapa ianya digunakan.
  • Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalan terhadapnya. Kuasa kawalan di sini merujuk kepada kuasa mengawal ketinggian audio, memberhentikan audio dan sebagainya.
  • Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan audio yang sama di dalam sesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan.
  • Gunakan saiz sampel atau kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi tujuan rakaman atau semasa menyimpan fail audio. Selain dari mengurangkan saiz fail audio, kualiti audio yang terhasil juga sudah memadai bagi digunakan di dalam sesebuah aplikasi multimedia.
  • Elakkan daripada menggunakan audio sekiranya ia didapati boleh mengganggu persembahan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes